
Imam al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk dalam sembahyang adalah dikira sia-sia belaka, kerana orang tersebut tidak akan merasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar.
Sebaliknya sembahyang yang khusyuk apabila ia membaca fatihah ayat keempat yang bermaksud: ''Tuhan yang memiliki hari akhirat" maka tergambar segala kalut sibuk dan huru hara manusia serta bersesak di padang Mahsyar, ia akan terasa diri semakin lemah.Akhirnya tidak ada keinginan untuk melakukan perkara keji dan mungkar setelah tergambar bertapa azab sengsara di hari akhirat itu.
Selepas itu mengamati lain-lain bacaan dalam sembahyang dengan khusyuk, yang mengandungi berbagai bacaan dan doa-doa yang memperlihatkan kebesaran tuhan.Jika di fahami sungguh-sungguh,cukuplah kesemua itu akan mengakis sikap-sikap hodoh yang ada pada diri manusia itu.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:"Berapa banyak orang yang mendirikan solat,tetapi yang diperolehinya hanya penat dan letih,krn mereka itu lalai dalam sembahyangnya".
Hadis tersebut menggambarkan betapa banyak sembahyang yang didirikan oleh seorang itu,tetapi malangnya ia tidak upaya memperolehi pahala melalui sembahyangnya itu.Kerana lalai dalam sembahyang.
Nabi Muhammad bersabda lagi:"Tidak ada habuan bagi seorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat."
Jika seseorang itu ingin tahu sekadar mana pahala yang diperolehinya atau sebanyak mana pula yang kosong, maka setelah mereka sembahyang cubalah adakan muhasabah.Sebanyak mana masa yang dia ingat segala perbuatan dan ucapan meraka dalam sembahyang itu, atau sebanyak mana pula ia lalai.Kalau banyak masa lalai maka setakat baki yang sedikit itu tidak payahlah untuk menunggu akhirat bagi melihat pahala solat itu,sebaliknya di dunia ini pun kita sudah boleh mengagak apa yang kita perolehi dari solat yang tidak khusyuk itu.
Sesungguhnya solat itu tidak sama dengan ibadah yang lain.Sekiranya ibadah yang puasa walaupun tidak ada khusyuk atau tawadhuk,namun jelas kesannya dari puasanya itu.Disebabkan menahan lapar maka nampaklah kesannya iaitu kelihatan letih.Begitu juga zakat, walaupun ketika melakukan ibadah zakat itu tidak di sertai dengan khusyuk namun maksud kepada penunaian zakat itu kelihatan juga.Kerana ia dapat menghakis sifat bakhil seseorang itu,sekiranya ia bakhil sudah pasti ia tidak menunaikan zakat.Demikian juga dengan ibadah haji,walaupun ketika melakukan ibadah haji seseorang itu berada dalam kelalaian. Kerana ibadah haji melibat dua perkara iaitu melibatkan tubuh badan dan harta benda.Sama ada menunaikan haji itu dalam keadaan lalai dan sebagainya, namun kesannya dari ibadah haji itu jelas ketara, kerana ia terpaksa membelanjakan banyak wang beribu-ribu ringgit.Tubuh terasa letih dan wang ringgit habis.
Ibadah solat ini amat berbeza sekali daripada semua ibadah yang dinyatakan itu, menurut Iman al-Ghazali bahawa solat itu ialah merupakan munajat (berbisik) seorang hamba dengan tuhan.Apabila solat itu sebagai munajat atau berbisik, bagaimanakah dapat digambarkan sorang yang lalai boleh berbisik-bisik dengan tuhan.Orang yang berbisik ialah orang memberikan sepenuh perhatian hati dan fikirannya terhadap orang yang di bsiknya itu.
Orang mengerjakan solat dalam keadaan lalai sama keadaannya orang yang mengigau dalam tidur,walaupun mungkin ia menyebut Allahu Akbar dan lain-lain kalimah pujian, bertasbih menyucikan allah, namun semua itu tidak termasuk langsung dalam pengertian munajat kepada Allah kerana sebenarnya orang itu sedang mengigau dalam tidur.
Khusuk menjadi syarat sama ada solat seseorang akan diterima oleh Allah s.w.t. atau sebaliknya, kerana dalamnya mengandungi segala puji-pujian terhadap Allah.Apabila lalai, maka segala puji-puji itu sudah tidak ada gunanya lagi malah seperti orang yang mengigau.
Semua puji-puji itu ditunjukkan kepada Tuhan bukan saja melalui ucapan,tetapi juga dengan bahasa hati.Apabila hati lalai ia akan menjadi hijab yang menghalang seseorang itu untuk menghampiri Allah s.w.t, meskipun Allah s.w.t. menyatakan bahawa ia lebih hampir dari urat merikh seseorang
No comments:
Post a Comment