Tuesday, November 8, 2011

AMALAN-AMALAN UNTUK AKHIRAT


Setelah kita yakin bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara dan di akhirat merupakan tempat kekal abadi dan di sana juga kita akan di perhitungkan segala amalan baik dan buruk kita,maka dengan itu bagi org yang cerdik,ia akan lebih mementingkan untuk menyediakan sebanyak mungkin bekalan kebajikan di akhirat agar ia senang dan bahagia di hari yang ia akan hidup selamanya tanpa ada kesudahan.

Firman Allah s.w.t:
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasai mati.Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu.Barang siapa yang dijauhkan dari neraka dan di masukkan ke dalam syurga,maka sesungguhnya ia telah beruntung.Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Al imran 185)

Firman Allah s.w.t. lagi:
Katakanlah :sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya tetap akan dikembalikan pada Allah yang maha mengetahui segala yang ghaib dan segala yang nyata.Lalu ia akan memberitahu kamu apa yang telah kamu kerjakan." (Al jumaah 8)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:
Secerdik -cerdik manusia adalah yang paling banyak ingatannya kepada kematian serta banyak bersiap (bekalan kebajikan) untuk kematian.Mereka itu lah orang yang benar-benar cerdik dan mereka pergi ke alam baqa dengan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhirat."

Bagi org yang menyediakan persediaan seperti rumah,wang simpanan , harta ,dan lain-lain untuk masa pencen pun org mengatakan orang itu cerdik hanya menyediakan persediaan untuk hari tua sedangkan masa selepas pencen dengan masa mati, tempoh yang Allah beri cuma diantara 10 hingga 20 tahun shaja,iaitu tiba pada masa umur 60 hingga 68 tahun.Apatah lagi orang yang menyediakan persediaan untuk tempoh hidup selama-lamanya di akhirat tentu dianggap cerdik.
Amalan kebajikan untuk bekalan akhirat dapat dilakukan oleh setiap orang secara sendiri sebelum ia mati atau dilakukan oleh org lain untuknya setelah ia mati.

Terdapat keterangan dalam pelbagai kitab,bahawa seseorang yang telah mati akan terus-menerus mendapat pahala hasil daripada amalan kebajikannya sendiri di dunia dan juga amalan kebajikan yang dilakukan oleh orang lain untuk dirinya

Di antaranya ialah yang dikutip drpd kitab MAYAMFA'UL MUSLIM BA'DA WAFATIHI,IRSYADUL IBAD,ILMU MALAIKATUL ABRAR FIL QURAN WA SUNNAH,AL FUTUHAT AL ILAHIYYAH FI SYARHIL AL JALALAIN dan lain-lain

No comments:

Post a Comment